Sejarah Masjid Quba

Sejarah Masjid

Masjid pertama telah dibangunkan ketika Rasulullah SAW berhijrah keMadinah  Al-Munawwarah. Nama masjid tersebut ialahMasjid Qubadan ia didirikan sehariselepas baginda berhijrah ke Madinah. Masjid Quba telah disifatkan oleh Allahdalam Al-Quran sebagai masjid yang didirikan atas takwa. Bentuk senibina MasjidQuba tidak dapat dibuktikan dengan jelas, namun keluasan tapak atau dinahnyaialah seratus hasta persegi, dan tinggi dindingnya pula ialah tujuh hasta, manakaladi sebelah baratdaya bangunannya didirikan sebuah lindungan (al-Mizallah)daripada batang tamar yang diikat dengan tanah liat. Pada penjuru tenggara adapula sembilan ruang bilik dengan tiga buah pintu, dan bilik-bilik tersebut ialah tempat kediaman Rasulullah SAW

Seni Bina Masjid

Seni bina masjid telah menjalani pelbagai perubahan sejak masjid pertamadibina. Ia berkembang serentak dengan perubahan kehidupan sejak masjid pertamayang dibina oleh Nabi di Yathrib. Perkembangan itu telah menarik pelbagai unsurseni bina dari lain-lain negeri dan tempat. Percantuman kesenian Arab-Islam yang juga dikenali sebagai seni bina µsaracenic¶ kemudian kian luas berkembang denganterus menerima berbagai-bagai unsur dari Timur seperti Pakistan, India, China,Indonesia serta seluruh Nusantara termasuk Malaysia dan Singapura mengikut perkembanganagama Islamitu sendiri. Terdapat juga seni bina dan rekabentuk-rekabentuk yang mengekalkan corak tradisional masing-masing bangsa sepertiyang terdapat pada dasar seni bina Parsi-India di India, bentuk bumbung kelentengdi China dan bumbung tangkup di Malaysia. Ini membuktikan kesenian pada masjidtelah kian berkembang luas.Jalinan pelbagai unsur kesenian ini, pengaruh mempengaruhi, menjadi begituerat hingga kerap didapati sukar untuk membezakan bentuk asal sesuatu kesenianitu. Ia lebih senang dikenali sebagaikesenian Islamyang universal, seperti yang kiniterdapat wujud di masjid. Pelbagai faktor seperti bilangan penduduk, alam sekitarandan lain-lain lagi juga harus diambil kira dalam pembinaan sesebuah masjid di suatukawasan.

Ciri-ciri Seni Bina Masjid

Perkara utama yang dititikberatkan dalamseni bina Islam ialah mendirikan bangunan masjid sebagai bangunan tempat ibadah yang menggambarkan ciri-ciri kesepaduan bangunanselaras dengan fungsi masjid yang secara langsungmenetapkan unsur seni bina Islam berpandukan prinsip-prinsip yang ditentukan oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, selari dengan perkembangannya, maka munculpelbagai unsur penambahankemudahan asas dan keindahan yang berupakelengkapan, hiasan dan penyertaan gaya dekoratif-ornamentif. Ini dapat dilihat melalui latar belakang budaya yang terdapat di persekitaran kehidupan umat Islampada masa ini.

Kubah

Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid yang terletak di atasmasjid. Terletak di bahagian atas masjid, kubah seolah-olah bumbung masjid itu.Pada mulanya, kubah hanya terdapat pada istana-istana Byzantine dan Parsi,kemudian diambil oleh umat Islam dan dijadikan sebahagian daripada bumbungmasjid.

 Menara

Menara ialah tempat muazin melaungkan azan. Menara biasanya terletakdi samping masjid. Menara dibuat tinggi dengan maksud untuk memanggil orangramai melakukan solat berjemaah di masjid atau supaya suara muazin itukedengaran sampai ke tempat yang jauh.

Dewan Solat

Dewan solat ialah satu bahagian masjid yang berbumbung yangmenghadap kearah kiblat dan keluasannya berbeza-beza dari satu masjiddengan satu masjid yang lain dan dari sudut zaman ke satu zaman yang lain.

Ruang Legar

Ruang legar juga dikenali sebagai serambi masjid, yang biasanya terletakdi tengah-tengah masjid, pula tidak berbumbung. Pada awalnya, ia dilihat sebagai unjuran atau sambungan bagi tempat solat, digunakan ketikamenunaikan solat-solat berjemaah. Para fuqaha telah menghadkan penggunaanruang legar masjid itu sehingga mereka mengharamkan apa-apa pekerjaan yangtidak mempunyai hubungan solat di situ.

Tempat Kiblat

Tempat kiblat pula dipertengahan masjid dan dindingnya menghadap kearah Baitullah Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah. Pada mulanya, kiblat MasjidNabi SAW menghala ke arahBaitul Maqdissehingga turun perintah Allah yangmenukar arah kiblat menghadap ke Masjid Al-Haram.

Mihrab

Mihrab pula ialah tempat berdirinya imam ketika beliau inginmengimamkan solat. Pembinaan mihrab terdiri daripada pelbagai bentuk danbiasanya dibina ke dalam dari permukaan dinding arah kiblat. Mihrab jugadilengkapkan dengan hiasantulisan khat ayat-ayat suci Al-Quran dan geometri.Model-model awal bagi mihrab mempunyai bentuk lelangit atau seperti gawangsiput.Masjid ialah tempat beribadat yang khusus bagi umat Islam, seperti solat dan iktikaf. Perananmasjid sebagai pusat kebudayaan , muamalat, pentadbiran, perkembangan dakwah Islamiah,dan pusat aktiviti umat Islam menjadikannya begitu signifikan dalam pembangunan Islam.Sememangnya, struktur masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, bahkan ianyabergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.Di Nusantara umumnya, rata-rata pembinaan struktur masjid banyak mempunyai pengaruhbumbung berlapis tiga yang pada kebiasaannya terletak ruang solat utama dibawahnya.Signifikan pembinaan sedemikian rupa adalah bagi membolehkan pengaliran udara yang lancarbagi membenarkan proses stack effect dan ventuari effect berlaku dan membenarkanpencahayaan untuk memasuki seluruh ruang masjid melalui ruang- ruang diantara lapisan -lapisan bumbung.Proses stack effect dan ventuari effect ini penting dalam menjamin udara di dalam ruang masjiddaripada menjadi berkuap dan keadan tidak selesa kepada jemaah masjid . Prinsip udara panasyang akan tersedut diatas secara semulajadi dan digantikan dengan udara segar daripadatingkap ini mampu menlancarkan pengudaran pada keseleluruhan ruangan masjid.

Selain itu, kehidupan dan tatacara hidup masyarakat Nusantara yang mempunyai peganganteguh terhadap falsafah maka, setiap apa yang dibuat selalunya memiliki sebab yangmunasabah . Begitu juga dengan pembinaan masjid yang mempunyai tiga lapisan bumbung

http://www.scribd.com

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: